Senarai 10 Tamadun Dunia Purba Yang Kurang Dikenali Ramai

10. Aksum

Kerajaan Aksum telah menjadi sebutan legenda yang tak terkira banyaknya. Sebagai tempat tinggal mitos Prester John, kerajaan misteri Ratu Sheba, atau tempat persemadian terakhir Ark of the Covenant, Aksum telah lama menjadi pusat imaginasi dunia Barat.
Realiti kerajaan Habsyah (Ethiophia) ini bukannya mitos semata-mata, ia merupakan sebuah kuasa perdagangan antarabangsa. Mendapat akses kepada kedua-dua laluan dagang penting sungai Nil dan Laut Merah (Red Sea), perdagangan Aksum berkembang pesat, dan pada permulaan zaman kegemilangannya, kebanyakan orang Habsyah termasuk di bawah pemerintahan kerajaan Aksum. Kekayaan dan kemakmuran Aksum membenarkan ia berkembang ke tanah Arab.
Pada kurun ke-3 A.D., seorang ahli falsafah Parsi menulis bahawa Aksum merupakan salah sebuah daripada empat kerajaan terbesar dunia, setanding dengan Rom, China dan Parsi. Aksum mula menganut agama Kristian tidak lama selepas empayar Roman menganuti agama sama dan sambung berkembang pesat hingga ke awal Zaman Pertengahan (Middle Ages). Jika tidak kerana kelahiran dan perkembangan agama Islam, Aksum berkemungkinan masih memerintah Afrika Timur. Selepas pesisiran pantai Laut Merah barat di kuasai orang Arab, Aksum hilang akan kelebihan perdagangan utama ke atas jirannya.
Beberapa dekad sebelumnya, seorang raja tamadun purba Aksum dipercayai memberi perlindungan kepada pengikut awal Nabi Muhammad seterusnya boleh dikatakan membantu penyebaran agama Islam di keliling Laut Merah dan kemudiannya tanah Arab.

9. Kush

Dikenali dalam sumber Mesir purba dengan kekayaan emas dan sumber alam berharga lain, Kush telah dijajah dan di eksploitasikan oleh jiran utaranya untuk hampir setengah milenium lamanya (kira-kira 1500–1000 Sebelum Masihi (S.M.)). Akan tetapi kisah asal Kush jauh melangkaui masa lampau — artifak seramik bertarikh sejak tahun 8000 S.M. telah ditemui di kawasan sekitar ibu negaranya, Kerma, dan seawal 2400 tahun S.M.
Kush mempunyai hierarki komuniti yang kompleks yanng disokong oleh agrikultur berskala besar. Pada kurun ke-9 S.M., ketidakstabilan di Mesir membenarkan orang-orang Kush untuk mendapat semula kemerdekaan mereka. Dan, sebagai salah satu pertukaran nasib terhebat sejarah, Kush pula menguasai Mesir pada tahun 750 S.M. Untuk beberapa abad selepas itu, keturunan firaun dari orang-orang Kush ini telah memerintah wilayah yang jauh lebih besar daripada pemerintah Mesir sebelumnya. Pemerintah Kush lah yang menghidupkan semula bangunan piramid dan menggalakkan pembinaannya di seluruh Sudan.
Mereka akhirnya di halau keluar Mesir oleh serangan orang Assyria, mengakhiri pertukaran budaya antara Mesir dan Kush selama beratus tahun lamanya. Orang-orang Kush lari ke selatan dan membina semula kerajaan mereka di Meroƫ, yang terletak di tenggara tebing sungai Nil.
Di Meroƫ, orang-orang Kush ini berpisah terus dari pengaruh Mesir dan mencipta bentuk tulisan mereka sendiri, sekarang dipanggil Meroitik. Skrip tersebut masih menjadi misteri dan tidak dapat ditafsirkan sehingga kini, mengaburkan kebanyakan sejarah Kush. Walaupun Raja terakhir Kush mangkat pada tahun 300 A.D., kemerosotan dan sebab sebenar kejatuhannya masih menjadi misteri.

8. Yamhad (Yam)

Kerajaan Yamhad pastinya wujud sebagai rakan perdagangan dan kemungkinan saingan kepada Kerajaan Mesir Purba, tapi seakan mitos Atlantis lokasinya masih menjadi tanda tanya. Berdasarkan pada inskripsi pengebumian penjelajah Mesir, Harakhuf, ia seolah-olah Yamhad merupakan tempat “kemenyan, kayu hitem (ebony), kulit harimau bintang, gading gajah, dan boomerang.”
Walaupun Harkhuf mengaku perjalanan darat beliau memakan masa lebih tujuh bulan, ahli sejarah Egypt telah lama meletakkan tempat boomerang tersebut sebagai beberapa ratus batu dari sungai Nil. Anggapan tradisi mengatakan bahawa tidak mungkin ada orang Mesir purba boleh menyeberangi gurun Sahara yang luas dan bahaya itu. Ada juga persoalan apakah yang mereka boleh jumpai di sebelah sana.
Rupa-rupanya kita memandang rendah akan pedagang Mesir Purba, sebab tulisan hieroglif yang ditemui baru-baru ini lebih 700 kilometer barat daya dari sungai Nil mengesahkan kewujudan perdagangan antara Yamhad dan Mesir dan menunjukkan lokasinya terletak di utara tanah tinggi negara Chad.
Bagaimana caranya orang Mesir menyeberangi ratusan batu padang pasir sebelum pengenalan roda dan hanya keldai sebagai binatang masih menghairankan. Tetapi, sekurang-kurangnya, destinasi mereka tidak lagi diselubungi misteri.

7. Empayar Xiongnu

Empayar Xiongnu merupakan konfederasi orang-orang nomad yang menduduki utara China dari kurun ketiga S.M. hingga ke kurun pertama S.M. Bayangkan bala tentera Mongol milik Genghis Khan, tapi seribu tahun lagi awal . . . dan mereka juga menggunakan rata (chariot).
Sebilangan teori wujud untuk menjelaskan asal usul Xiongnu, dan pada satu masa beberapa cendekiawan berhujah bahawa Xiongnu mungkin merupakan nenek moyang orang Hun. Sayang sekali, terdapat sedikit sahaja rekod peninggalan orang Xiongnu ini. Apa yang kita tahu adalah serangan orang XiongNu ke atas China amatlah dahsyat hinggakan maharaja Qin memerintahkan pembinaan terawal tembok besar China.
Hampir separuh abad kemudian, serangan bertubi-tubi daripada Xiongnu dan tuntutan ufti memaksa China, kali ini di bawah dinasti Han, untuk menguku dan menambahkan lagi tembok besar China. Pada tahun 166 S.M., lebih daripada 100,000 tentera berkuda Xiongnu berjaya masuk dalam lingkungan 160 kilometer ke dalam ibu negara China sebelum akhirnya dikalahkan.
Ia memerlukan kombinasi perbalahan dalaman, pertikaian pengganti, dan konflik dengan kumpulan nomad lain untuk melemahkan Xiongnu agar Empayar China dapat mengalahkan kembali jiran utara mereka itu. Xiongnu masih dikenali sebagai kerajaan nomad paling awal dan paling lama bertahan dari padang rumput Asia.

6. Yunani-Baktria

Selalunya, apabila mengungkit kisah hidup dan penaklukan Alexander the Great, kita gagal untuk mengingati tentera yang mengikuti beliau ke medan perang. Kisah Alexander telah didokumenkan dengan baik sekali, tapi apa pula nasib pengikut-pengikutnya yang sanggup menumpahkan darah untuk penaklukan jeneral muda ini?
Apabila Alexander mati mengejut, tentera beliau tidak terus pulang. Sebaliknya, jeneral-jeneral mereka lawan antara satu sama lain merebut takhta sebelum membahagikan empayar sesama mereka yang masih tinggal berdiri. Seleucus I Nicator berjaya mendapat segala-galanya dari barat Mediterranean hingga ke Pakistan moden di timur. Walau bagaimanapun empayar Seleucid masih lebih dikenali berbanding dengan serpihan negeri-negeri lain dari Yunani-Baktria.
Pada kurun ke-3 S.M., wilayah Baktria (kini dikenali sebagai Afghanistan dan Tajikistan) menjadi sungguh kuat sehingga mengisytiharkan kemerdekaan. Sumber menggambarkan tanah yang kaya “dengan beribu bandar” dan kebanyakan syiling yang dijumpai membuktikan kewujudan raja Yunani (Greek) melangkaui berabad lamanya. Lokasi Yunani-Baktria menyebabkan ia menjadi pusat campuran pelbagai budaya. Parsi, India, Skith (Scythians) dan beberapa kumpulan nomad semuanya menyumbang kepada pembangunan kerajaan unik ini. Tentunya, lokasi dan kekayaan Yunani-Baktria juga menarik perhatian luar dan, pada awal kurun ke-2 S.M., tekanan daripada orang nomad di utara telah memaksa orang Yunani bergerak selatan ke India.
Di kawasan dipanggil Alexandria on the Oxus, atau kini dikenali sebagai Ai Khanoum, bukti mempesonakan untuk kombinasi radikal budaya Yunani (Greek) dan Timur telah ditemui, sebelum peperangan Soviet-Afghan memusnahkan kawasan itu pada tahun 1978. Semasa penggalian, syiling dari India, mezbah (altar) dari Iran, dan patung-patung Buddha telah dijumpai di dalam runtuhan tinggalan bandar Yunani ini, yang lengkap dengan tiang Corinthian, sebuah gimnasium, amphiteater, dan kuil menggabungkan elemen Yunani dan Majusi (Zoroastrian).

5. Yuezhi

Orang Yuezhi terkenal untuk berlawan dengan hampir semua orang. Cuba bayangkan orang Yuezhi sebagai Forrest Gump sejarah purba, sebab untuk beberapa abad mereka muncul di kalangan peristiwa besar di seluruh Eurasia.
Yuezhi berasal sebagai konfederasi daripada beberapa buah suku nomad di kawasan padang rumput utara China. Pedagang Yuezhi mengembara jauh untuk berniaga jed, sutera dan kuda. Perdagangan pesat telah membawa mereka ke arah konflik dengan Xiongnu, yang akhirnya menghalau mereka keluar dari permainan dagang China. Orang Yuezhi kemudiannya bergerak ke barat, di mana mereka menemui dan mengalahkan Yunani-Baktria—memaksa mereka untuk berundur ke India.
Migrasi Yuezhi ke Baktria juga menyebabkan orang Saka menjadi pelarian, yang bertindak balas dengan menjajah beberapa kawasan Empayar Parthia. Puak Skith dan Saka akhirnya menempatkan diri mereka di sekitar Afghanistan. Pada kurun pertama dan ke-2 A.D., orang Yuezhi berperang dengan orang Skith tersebut sambil berperang di Pakistan dan dengan orang Han di China. Ketika ini, suku Yuezhi disatukan dan membentuk ekonomi agrikultur setempat. Empayar ‘Kushan’ ini bertahan selama tiga abad, sehingga kuasa-kuasa dari Parsi, Pakistan dan India semuanya menjajah bekas wilayah mereka.
Senarai 10 Tamadun Dunia Purba Yang Kurang Dikenali Ramai Senarai 10 Tamadun Dunia Purba Yang Kurang Dikenali Ramai Reviewed by haikal kusai on 00:49:00 Rating: 5

No comments